Peralihan ke fasa endemik diakui memberi impak positif kepada penternak lembu tempatan Sarawak.
Menurut pemilik syarikat maju ternak Al - Baraqah, Syed Razuan Ali, permintaan lembu menjelang Hari Raya Korban pada tahun ini meluas sehingga ke Sri Aman, Saratok dan Sibu.
Jelasnya, jumlah tempahan menunjukkan peningkatan yang ketara berbanding tahun lepas.